Tentang Kami
Selamat Datang Ke Website Rasmi Dana Pembangunan Sek Men Agama Kampung Laut
Merupakan sebuah sekolah agama yang berdaftar dengan pejabat agama terengganu
SMAKL
SMAKL bermaksud Sekolah Menengah Agama Kampung Laut, ia ditubuhkan atas dasar ingin melahirkan anak soleh berkeperibadian cemerlang, bermula sekolah dengan sebuah rumah dan kini telah ada 3 blok dan satu surau hasil daripada sumbangan orang ramai.
Misi
Pembangunan Kompetensi dan Kepimpinan, Penekanan Tarbiyah Rohani, Jasmani dan Akli, Integrasi Diniyah, Akademik dan Tahfiz.
Pelajar Dinilai:
- Saksiah Terpuji
- Cemerlang Akademik & Ibadah
- Penglibatan Kokurikulum
- Kepimpinan
Kenapa Menderma Dengan Kami
Ini adalah kenapa anda perlu derma dengan kami
Sekolah ini berdaftar di bawah Akta Pendidikan 1996 pada 17 Mac 2014, dengan no Perakuan Pendaftaran TLA4001
Sekolah ini ditubuhkan bermula dengan sebuah rumah menempatkan satu kelas pelajar, dan hasil perancangan pembangunan yang teliliti dan teratur, Kini sudah memiliki 3 blok bangunan hasil sumbangan orang ramai. Bangunan ini akan menjadi sedekah Jariah anda.
Sistem kutipan derma yang kami bangunkan ini mampu generate resit dan mampu beroperasi 24 jam tanpa henti. hasil kutipan terus masuk kedalam akaun bank dana pembangunan pada setiap hari bekerja
Sistem Resit automatik memudahkan anda untuk merujuk kembali transaksi anda akan terus diemail kepada anda. sekiranya resit tersebut hilang anda boleh terus menghubungi kami untuk mendapatkan kembali, resit ini penting untuk anda tebus pengecualian cukai.
Status Kutipan derma untuk sebarang kutipan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Fakta Nombor SMAKL
Nombor ini akan diupdate dari semasa ke semasa
Alumni SMAKL
Jumlah Pelajar
Jumlah Penderma
Ingin menderma sekarang?
Dana akan terus di masukkan kedalam akaun bank PIBG Sekolah Menengah Agama Kampung Laut dan anda akan diberikan resit derma anda secara automatik dengan tekan butang disebelah.